Tahukan anda bawang putih, bawang merah dan halia yang sebenarnya memliki sumber antibiotik dan anti penghapus kulat pada tubuh badan manusia. Sedarkah anda bahawa ia dianggap sebagai satu set ramuan yang paling mujarab sekali untuk penjagaan kesihatan sistem imun manusia. Bawang putih umpanya bagus untuk menghindari seseorang itu dari terkena penyakit ciri birit yang berlarutan disamping mengatasi masalah batuk kering. Manakala bagi bawang merah pula ia boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh merendahkan kadar gula dalam dalam seseorang. Sementara untuk halia pula, khasiatnya adalah lebih daripada bawang merah dan bawang putih. Tahukah anda sesetengah pengkaji berpendapat bahawa bahan aktif yang terkandung di dalamnya sebenarnya menyerupai aspirin dimana ia juga boleh melegakan kesakitan untuk beberapa ketika. Jadi selamat menjamu selera anda dengan bahan ramuan-ramuan tersebut. Pastikan semuanya dimakan dalam keadaan yang seimbang dan menyihatkan. Jalanilah gaya hidup yang sihat dan sejahtera untuk masa hadapan anda. Hurm, ada sesetengahnya orang suka memasukkan ramuan makanan mereka dengan membayakkan bawang merah maka itu bolehlah dikatakan ia lebih untuk menaikkan perisa manis, kesedapan pada sesebuah makanan tersebut. Tapi awas! jangan terlalu mengambil bawang putih yang banyak pula kerana ia boleh menyebabkan bau badan yang terhasil kurang menyenangkan kepada si pengamalnya. Jadi pengambilannya haruslah diawasi sedikit. Cara anda bagaimana pula? Jom kita kongsikannya bersama-sama pada ruangan komen di blog ini.
Labels:
rahsia-rahsia....
0 comments:
Post a Comment