akhi ijal

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (An-Nahl 16:128)

As- salam buat semua. Semoga di pagi jumaat yang indah ini kita akan sentiasa berada dalam keadaan baik hendaknya.

Apa isunya?? Ianya berkisar tentang syurga dan neraka. Maka itu ana ingin sebarkan ilmu tersebut kepada anda semua. Ayuh kita membacanya bersama-sama. Semoga cebisan ilmu yang ana sampaikan ini akan menjadikan manfaat untuk semua.

doa2

Sabda Nabi s.a.w. : Barang siapa memohon syurga syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, (maka) berkatalah syurga: “Ya Allah, masukkanlah ia ke dalam syurga,” Dan sesiapa yang memohon (perlindungan Allah) daripada api neraka, (maka) berkata-katalah neraka: “Ya Allah, selamatkanlah ia dari apai neraka.” (Riwayat:al-tarmizi)
Pengajaran dari hadis tersebut:

Hanya kepada Allah saja para mukmin dan mukminat memohon dan meminta. Memohon kebaikan dunia dan akhirat. Memohon keredahan dan syurga-Nya. Memohon dari kita agar dijauhi dari kemurkaan dan seksaan api neraka-Nya.

Menurut akidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah bahawa syurga dan neraka itu telah pun diciptakan oleh Allah s.w.t. Kedua-duannya adalah haq (benar). Tergolong dalam (Sam’iyyat) yang wajib diimani sepenuh rongga dan jiwa. Wajib diyakini bahawa syurga sedang meriah dihiasi manakala neraka sedang galak menyalakan. Syurga menjadi tempat kesudahan orang yang beriman dan neraka menjadi kesudahan orang-orang yang ingkar dan derhaka. Pun begitu, kesudahan seseorang itu mutlak di dalam takdir dan ilmu Allah s.w.t.. Maka sewajarnya kita sebagai hamba Allah perlulah sentiasa memohon keselamatan dan kesejahteraan dari Allah s.w.t. selamat masuk ke dalam syurga dan sejahtera dari seksa neraka.

Syurga dan neraka ini adalah makhluk Allah s.w.t. yang berjiwa. Syurga merindui orang yang merinduinya manakala neraka neraka pula tidak tegar membakar hamba yang memohon perlindungan Allah darinya. Saat seorang hamba penuh khusyuk dan tawadhuk menadah tangan sama ada memohon syurga atau berlindung dari seksa neraka, secara aotomatik doa dan rintihannya itu didengar oleh syurga dan neraka. Maka saat itu juga, syurga dan neraka memohon supaya Allah mengabulkan doanya. Hebat sekali bukan.

gambar-hiasa

Angka tiga adalah angka ganjil. Sesungguhnya Allah s.w.t. sangat mencintai bilangan yang ganjil. Bukitnya, nun di penghujung malam Allah s.w.t. telah menganjurkan hamba-hambaNYA supaya menutup ibadat malam dengan solat witir. Di samping itu juga dalam berwuduk, umat islam disunatkan mengangkat air sembahyang sebanyak tiga kali basuhan. Disunatkan juga berpuasa tiga hari dalam sebulan. Langit, tujuh lapis ia di bentangkan siap dengan penjaganya dan tujuh lapis bumi juga dihamparkan. Di sepuluh terakhir Ramadhan, masyhur pula dikatakan bagaimana Allah menyembunyikan Lailatul Qadar di malam-malam ganjilnya.

Memohonlah kepada Allah agar dikurniakan syurga dan di jauhkan dari api neraka adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w. Sama-samalah kita menghayati dan mengamalkannya selalu.

0 comments:

Post a Comment

Followers of the chosen one

Aram kitai Solat...

get this

Blog Archive