akhi ijal

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (An-Nahl 16:128)

Salam semua.
Bagaimana puasa sahabat-sahabat di penghujung ramadhan ini? Harap-harap semuanya dapat dilalui dengan penuh kesabaran serta kesyukuran dariNYA.

Hari ini ana ingin kongsikan satu kisah yang menarik untuk anda semua. Semoga perkongsian kisah ini akan mendekatkan keimanan kita kepadaNYA.

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting.

Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah s.a.w. mengatakan : “Alhajju Arafat” (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah ‘muallaf’. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu : “Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.”

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya.

arafah1

Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya.

Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh.

Di situlah Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : “Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu.

Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi ’syahadat’ yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga.” Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

Read More..

Kisah Pak Pandir Dengan Tahi

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye.

Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas.

Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.

Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,

‘Hmmm…Bentuk macam taik…’

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,

‘Lembik…macam taik.’

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,

‘Bau macam taik.’

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.

Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…

‘MEMANG SAH TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!’

Pengajaran cerita : Jangan jadi macam Pak Pandir yer!!!

:)

Read More..


Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:

i. Dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).

ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)

iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: Dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as

iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)

PENJELASAN

Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia). Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia. Manakala membunuh cicak kalau boleh hendaklah dengan cara yang terus dapat membunuh cicak tersebut supaya binatang tersebut tidak terseksa akibat kesakitan. (Kepada yang lebih a’rif, harap tlg perbetulkan jika ada kesilapan… Wallahua’lam.)

Cicak, najisnya, telurnya, dan bangkainya boleh memudaratkan manusia. Ada yang kaitkan sakit sopak dengan bangkai atau telur cicak dalam kolam air mandi atau air minum. Tak taulah betul atau tidak. Ada yang kaitkan cicak dengan keracunan salmonella. Malahan ada yang kaitkan cicak dengan tumor, kerana cicak boleh terkena serangan tumor ( benjolan-benjolan ). Pun tak tau kesahihannya.

Yang tanpa syak ialah ke mana saja cicak merayap, ia akan menyebarkan virus dan kotoran yang tersangkut pada kaki, badan dan ekornya. Banyak tempat cicak merayap, termasuklah tandas, bawah meja, belakang kabinet, celah sinki, bawah peti ais, siling, dan dinding.

Cicak juga ada sikap jahat ( dengki ). Situlah tempat sujud solat witir , situlah jadi tempat favorite dia berak. Jika situ tempat kita belajar, situlah yang dipilih jadi jamban terbukanya. Jika situ tempat letak makanan dan minuman, situ juga tempat dia bom dari atas. Sekarang kedapatan spray untuk menghindari cicak daripada menghuni rumah, agak berkesan kerana saya pernah menggunakannya. Tapi pastikan jangan spray di atas sahaja, kerana selepas itu, cicak-cicak di rumah saya berjalan di atas lantai sama macam kami sekeluarga. Agaknya gayat dah bergayut kat atas syiling.

Kenapa ada cicak di rumah?
Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Walaupun sekarang -apa yang pernah saya terserempak- ada cicak yang sudah pandai makan nasi, tapi masih lagi feberet dia makan serangga, sebab nasi putih tak enak dimakan begitu sahaja, berbeza dengan serangga.

TIP (1)
Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.

Kenapa ada serangga di rumah?
Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI, LALAT dan kalau time KELKATU keluar sarang, mereka akan berpesta makan sampai cirit-birit.

TIP (2)
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.

Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?
1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!!

TIP (3)
Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.

2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor.

TIP (4)
Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK.

3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak.

TIP (5)
Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA.

4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.

TIP (6)
Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-pinak setelah kenyang hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.

Akhirkata
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.


Read More..

takde ke cara nak sejukkan air tin ni dengan lebih pantas??

Nak tau petua tu??

OK, kalau nak tau.
Saya akan ceritakan sekarang.
Begini caranya ;

1-Ambil kain atau tuala yang bersaiz kecil (saiz kain jangan terlalu besar)
2-Basahkan kain/tuala tersebut.
3-Bungkuskan air tin dengan kain/tuala yang dibasahkan tadi
4-Masukkan air tin yang dibungkuskan dengan kain/tuala basah tersebut ke dalam peti sejuk/freezer

Dengan melakukan petua ini, ianya akan mempercepatkan proses penyejukan sehingga 3 kali ganda lebih pantasdaripada biasa.
Selamat Mencuba

Read More..

assalam...
sedikit tips berkaitan dengan huruf untuk pemilihan awal nama...insyaAllah

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


Read More..

Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.
Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat da
n mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin.

Tips : Untuk menikmati buah durian belanda dengan lebih enak lagi, sejukkan isi buah di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum makan.

Read More..

Pernah tak semasa anda sedang seronok mendengar CD lagu kegemaran anda, tiba-tiba CD anda tu tersangkut-sangkut sehingga mengacau ‘stim’ anda mendengar lagu kegemaran anda. Ada macam-macam sebab CD tu tersangkut-sangkut.
Salah satu sebabnya ialah kerana CD tu dah bercalar.
Baik…sekarang saya akan mengajar kepada anda petua bagaimana untuk memperbaiki CD yang becalar tu.

Begini caranya ;

1-Ambil marker pen (tak kisah la warna biru ke merah ke atau hitam..semuanya boleh di pakai)
2-Dengan menggunakan marker pen tu tadi,contengkan di tempat calar pada CD tersebut.
3-Biarkan dakwat marker pada CD tu kering sebelum anda mainkan CD tersebut.

Lagi satu petua ialah ;

1-Masukkan CD bercalar tersebut dalam ‘freezer’ (tempat buat ais batu)
2-Biarkan selama 2 jam.
3-Keluarkan CD dan keringkan.

InsyaAllah, dengan petua tersebut masalah CD tersangkut anda akan dapat diselesaikan. Sekiranya anda telah melakukan 2 petua yang saya tunjukkan itu, namun CD anda masih tetap lagi tersangkut-sangkut, maka hanya tinggal satu jer cara lagi untuk selesaikan masalah tersebut.

Caranya ialah ;

1-Ambik CD yang tersangkut-sangkut tu.
2-Campak masuk tong sampah.
3-Pergi ke kedai CD, beli CD baru.

Habis cerita…hehe…jangan marah nooo….

Read More..

Subhanallah! Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran.

Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

  • DUNIA - 115 kali
  • AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

  • HIDUP - 145 kali
  • MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

  • UMMAH - 50 kali
  • PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

  • BALA/MUSIBAH - 75 kali
  • BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

  • ORANG YANG SESAT - 17 kali
  • ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

  • EMAS - 8 kali
  • KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

  • ZAKAT - 32 kali
  • BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

  • LIDAH - 25 kali
  • SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

  • BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
  • BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

  • MUHAMMAD - 4 kali
  • SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

  • SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali

  • HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada “The Series Of The Scientific Miracles In Quraan,” oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Sekian, semoga bertambah keyakinan dan keimanan anda kepada Allah dengan pendedahan ini.

Read More..

Saya ingin menyeru kepada semua, supaya kita jangan lah sekali-kali mengambil mudah mengenai solat. Sedangkan melewat-lewatkan solat juga berdosa, apatah lagi sengaja meninggalkan solat…astaghfirullah.

Renung-renungkan dan selamat beramal…

Baca kisah mengenai 3 panggilan Allah kepada hambaNya ini. Semoga mendapat pengajaran dan manfaat darinya.

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah……. ..aku bertanya pada Ibu.

‘Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dengan Umrah….?’

Maklumlah, ini pertama kali aku ber Umrah.

Dan Ibu, memberikan penerangannya…

Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya telah menyertai rombongan Umrah pada bulan July 2007 yang lalu.

Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kaabah.

Pada kesempatan itu aku untuk bertanya tentang Umrah kepada ibu.

Ibu berkata…’Hassan, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup…’

Keningku berkerut….

‘Sedikit sekali Allah memanggil kita..?’

Ibu tersenyum… ‘Yer, tahu tak apakah 3 panggilan itu…?’

Aku menggelengkan kepala.

Panggilan pertama adalah Azan‘, ujar Ibu…

‘Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambaNya, samaada hambaNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas hambaNya pada hari kebangkitan nanti’.

Saya terpaku…. .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambat-lambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Astaghfirullah…

Ibu terus berbicara…

‘Hassan, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak ada duit tiba-tiba dapat duit dan dapat pergi. Yang kaya raya duit bertimbun-timbun, tapi tak ada kesempatan pula hendak pergi. Ada yang memang merancang dan terkabul. Tapi ada juga yang sebaliknya.

Ketika kita memasang niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaikallahummalabbaik/ Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.

Mata saya semakin berkaca-kaca. Subhanallah. Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan. Alhamdulillah.

Dan panggilan ke-3′, terang ibu lagi, ‘adalah KEMATIAN.

Panggilan ini Allah tidak memberikan sebarang tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya adpat menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Hassan, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.

Jawablah 3 panggilan Allah dengan TAQWA.

Insya Allah syurga adalah balasan untukmu…’

Ibu mematikan bicara sekadar itu. Aku termanggu…

Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ….

Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat….

Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam.

Read More..

Kisah ini di ceritakan oleh Ustaz Amaluddin Mohd Dapiah semoga kisah yang ana sampaikan ini dapat menguatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNYA. Amin. Marilah sama-sama kita hayatinya.

Sudah menjadi ketentuan Allah s.w.t. bahawa kehidupan seseorang manusia di dunia ini ada had, batasan dan waktunya yang tertentu. Ditetapkan juga ke atas dirinya ajal yang tidak mampu untuk kita menahannya. Ajal yang tidak tercepat atau terlambat walau sesaat pun. Tiada siapa yang terkecuali dari sunnatullah ini.

Firman Allah yang maksudnya:
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Al-A’raf:34)

Kata-kata syair:
“Kehidupanmu itu adalah nafas-nafas yang boleh dibilang. Setiap kali berlalu (dihembuskan) satu nafasmu, maka berkuranganlah sebahagian lagi daripada nafas-nafas itu.”

Mati itu datang secara tiba-tiba. Begitulah ungkapan yang selayaknya. Suka atau tidak, bersedia ataupn tidak, manusia akan pasti melalui saat ini. Ya, ianya akan tiba juga..percayalah..

Bila mana manusia itu leka menikmati kehidupannya, berhibur, bersuka ria, bermain, bertebaran kesana kemari melaksanakan rutin harian mereka maka sekoyong-koyong tanpa disedari kematian akan datang secara meluru, menerkam dan menyerangnya bagaikan serangan raja singa ke atas mangsanya.

usrah1

Takala itu tubuhnya serta-merta menjadi lesu dan lemah. Suaranya semakin hilang. Sendi-sendinya menjadi kaku dan kejang. Seluruh badannya dilanda kesejukan yang amat sangat.

Lalu bergemalah deringan jam kematian, mengkhabarkan bahawa ia semakin hampir untuk pergi meninggalkan dunianya. Sesudah itu lembaran amalanya akan dillipat kemas dalam keadaan denyutan jantungnya semakin lemah.

Kini satu persatu tanda-tanda kematian hadir menjamah tubuhnya. Wajahnya bertukar menjadi pucat kekuningan. Hidungnya tunduk jatuh. Manakala mata, penglihatan dan pendegarannya pula menjadi semakin kabur dan berat. Lidahnya pula menjadi bungkam, kelu dan bisu.

Saat inilah yang paling menakutkan. Dalam waktu yang sangat gawat dan genting ini jugalah sang iblis terlaknat bersama bala tenteranya datang untuk membuat kacau dan onar serta akan menghuru-harakan ke atas hambanya yang sudah terkulai lemah itu.

Iblis akan mengambil tempat di hadapanya. Bersama iblis, datang juga dua syaitan menyerupai wajah ibu dan ayahnya, mengambil posisi kiri dan kanannya. Apa sebenarnya helah musuh-musuh Allah ini?? Apakah yang hendak dilakukannya??

Syaitan yang si sebelah kanan akan menyamar sebagai wajah ayahnya dan berkata, “Wahai anakku, ayah sayang dan kasih padamu…akan tetapi, matilah anakku di dalam agama Nasrani itulah sebaik-baik agama.”

Manakala syaitan di sebelah kirinya pula berkata (yang menyerupai wajah ibunya) “Wahai anakku, perut emak inilah yang mengandungkan kamu dahulu, susu ibu inilah minumanmu dan paha ibumu inilah tempat ribaanmu..akan tetapi matilah di dalam agama Yahudi…itulah sebaik-baik agama.”

Demikianlah seperti yang diceritakan oleh As-Syeikh Abul Hasan Al- Fasi Al-Maliki. Hujjatul Islam, Syaitan juga akan datang kepada orang yang sedang nazak itu dengan sebuah bekas air yang sejuk lagi dingin. Keadaan hamba Allah itu pula sungguh membimbangkan. Dia di dalam kepayahan yang amat sangat kerana bergelut dengan kematian. Tekak kerongkong, paru-paru dan jantungnya hangus terbakar kerana kehausan yang amat sangat.”

“Di saat itu iblis ke kanan dan ke kiri, ke depan dan ke belakang dengan mengacah bekas air yang dibawanya sambil berkata, ‘kamu katakanlah ini dan ini, nanti aku beri kamu minuman air yang sejuk ini.”

kkk

Orang yang sejahtera nescaya akan ditetapkan imannya oleh Allah, manakala orang-orang yang celaka pasti akan menurut saja kata-kata dan pujuk rayu syaitan itu. Ya Allah, selamatkanlah kami dari tiupan dan godaan syaitan.

Sabda Nabi s.a.w.: “…dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah di saat kematian (nazak).” (Riwayat Abu Na’im) di dalam sepotong ayat Mursal, Nabi s.a.w. bersabda yang membawa maksudnya: “Saat yang paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah di kala terbit rohnya.”

Sekian hanya itulah kisah yang nak disampaikan pada hari ini

P/S:
Semoga kita yang masih bernyawa ini akan lebih menghargai kehidupan, kesihatan dan kekuatan yang ada dalam diri kita untuk terus beramal dan beribadat kepadaNYA dengan bersungguh-sungguh.. Sama-samalah kita siapkan bekalan masing-masing untuk di persembahkan kepadaNYA kelak. Pesanan ini untuk diriku dan sahabat jua.

Read More..

Saya ingin mengajak anda semua untuk membaca kisah benar di bawah ini. Anda baca dan cuba fahami apakah pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini?

Kisah segelas susu yang penuh pengajaran

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.

Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.

“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

segelas susu

Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”

Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.
Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.

Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”

Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.

Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…

—————————————
Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.

-Dr Howard Kelly-
—————————————

Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943), salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

Dah baca betul-betul kisah di atas? Anda faham? Apakah pengajaran yang anda dapat daripada kisah ini? Cuba terangkan di bahagian komen, apakah input positif yang anda dapat….

Read More..

As-salam dan salam sejahtera semoga kalian semua sentiasa berada dalam lindunganNYA selalu.

Baiklah tanpa membuang masa hari ini ana ingin kongsikan beberapa rahsia sentuhan yang penting bagi seseorang bayi yang baru dilahirkan. Apakah rahsia itu? Ayuh kita selami dan pelajarinya bersama-sama di ruangan maya ini.

boy

Sentuhan merupakan satu kuasa komunikasi di awal kelahiran seseorang bayi yang baru dilahirkan. Banyak kajian mendapati bahawa perkembangan bayi seluruh dunia amat mudah didapati melalui kuasa sentuhan dalam proses memberikan kesan yang positif kepada bayi .

Tahukah anda bayi yang baru sahaja dilahirkan sebenarnya mampu untuk merasakan kehangatan sebuah sentuhan hasil daripada ibu dan bapanya sendiri. Apakah sentuhan itu? Ia adalah sentuhan yang berbentuk belaian kasih sayang dimana apabila bayi tersebut di sentuh maka bayi ini secara automatiknya akan dapat merasai ketenangan ketika ia berada dalam keadaan zon yang tidak selesa.

Saat bayi anda baru dilahirkan pada kebiasaannya tangan bayi anda dalam keadaan seperti menggenggam sesuatu barang. Ada ketika waktunya bayi anda akan sentiasa menggerakkan anggota badannya seperti meregangkan kaki dan tangannya mengikut keselesaannya. Bukan itu sahaja malahan tanpa ada sedari juga ketika anda menyentuh bayi anda dengan lembut pasti bayi anda akan mula memberikan tindak balas terhadap sentuhan dan agahan yang anda lakukan terhadap dirinya.

Sentiasalah memeluk, mendukung dan mengurut bayi anda kerana ia adalah salah satu cara merangsang deria sentuhannya si manja anda. Perlu diingatkan anda tidak digalakkan meninggalkan bayi anda dalam keadaan yang terlalu lama kerana ini akan menghalang bayi anda dari terus mendapat rangsangan sentuhan yang semakin berkurangan dari pihak anda.

Sentuhan yang lembut dan menenangkan juga sebenarnya mampu membuatkan bayi tersebut merasakan dirinya selamat dan dilindungi oleh kedua ibu bapanya. Pegang dan belailah tangan si manja anda dengan sepenuh kasih sayang. Kemudian sentuhlah pada bahagian belakangnya. Ini kerana sentuhan dari bahagian belakang tersebut akan membuatkan bayi anda berasa selesa dan tenteram.

wx_bib_baby_hug

Bagi bayi yang dilahirkan dalam keadaan pramatang pula, sentuhan merupakan terapi utama bagi mereka. Ia adalah penting untukmenambahkan berat badannya disamping dapat mengurangkan tekanan kesakitan yang dialami bayi. Sekali gus ia juga mampu untukmemberikan kesihatan yang baik kepada bayi tersebut secara sedikit demi sedikt.

Ketahuilah semua bahawa bayi dapat melihat dengan jelas, melalui deria sentuhannya dimana ia akan mula belajar tentang dunia dipersekitarannya melalui emosi dan fizikal. Bahkan juga keterujaannya dalam memegang sesuatu kelembutan barang permainannya yang pertama! Ingat! warna yang terang selalunya bisa membuatkan bayi anda menyukainya :)

Anda ada saat-saat indah ketika sebelum atau selepas melahirkan bayi anda? Jom kita kongsikannya disini :)

Read More..

As- salam buat semua. Semoga di pagi jumaat yang indah ini kita akan sentiasa berada dalam keadaan baik hendaknya.

Apa isunya?? Ianya berkisar tentang syurga dan neraka. Maka itu ana ingin sebarkan ilmu tersebut kepada anda semua. Ayuh kita membacanya bersama-sama. Semoga cebisan ilmu yang ana sampaikan ini akan menjadikan manfaat untuk semua.

doa2

Sabda Nabi s.a.w. : Barang siapa memohon syurga syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, (maka) berkatalah syurga: “Ya Allah, masukkanlah ia ke dalam syurga,” Dan sesiapa yang memohon (perlindungan Allah) daripada api neraka, (maka) berkata-katalah neraka: “Ya Allah, selamatkanlah ia dari apai neraka.” (Riwayat:al-tarmizi)
Pengajaran dari hadis tersebut:

Hanya kepada Allah saja para mukmin dan mukminat memohon dan meminta. Memohon kebaikan dunia dan akhirat. Memohon keredahan dan syurga-Nya. Memohon dari kita agar dijauhi dari kemurkaan dan seksaan api neraka-Nya.

Menurut akidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah bahawa syurga dan neraka itu telah pun diciptakan oleh Allah s.w.t. Kedua-duannya adalah haq (benar). Tergolong dalam (Sam’iyyat) yang wajib diimani sepenuh rongga dan jiwa. Wajib diyakini bahawa syurga sedang meriah dihiasi manakala neraka sedang galak menyalakan. Syurga menjadi tempat kesudahan orang yang beriman dan neraka menjadi kesudahan orang-orang yang ingkar dan derhaka. Pun begitu, kesudahan seseorang itu mutlak di dalam takdir dan ilmu Allah s.w.t.. Maka sewajarnya kita sebagai hamba Allah perlulah sentiasa memohon keselamatan dan kesejahteraan dari Allah s.w.t. selamat masuk ke dalam syurga dan sejahtera dari seksa neraka.

Syurga dan neraka ini adalah makhluk Allah s.w.t. yang berjiwa. Syurga merindui orang yang merinduinya manakala neraka neraka pula tidak tegar membakar hamba yang memohon perlindungan Allah darinya. Saat seorang hamba penuh khusyuk dan tawadhuk menadah tangan sama ada memohon syurga atau berlindung dari seksa neraka, secara aotomatik doa dan rintihannya itu didengar oleh syurga dan neraka. Maka saat itu juga, syurga dan neraka memohon supaya Allah mengabulkan doanya. Hebat sekali bukan.

gambar-hiasa

Angka tiga adalah angka ganjil. Sesungguhnya Allah s.w.t. sangat mencintai bilangan yang ganjil. Bukitnya, nun di penghujung malam Allah s.w.t. telah menganjurkan hamba-hambaNYA supaya menutup ibadat malam dengan solat witir. Di samping itu juga dalam berwuduk, umat islam disunatkan mengangkat air sembahyang sebanyak tiga kali basuhan. Disunatkan juga berpuasa tiga hari dalam sebulan. Langit, tujuh lapis ia di bentangkan siap dengan penjaganya dan tujuh lapis bumi juga dihamparkan. Di sepuluh terakhir Ramadhan, masyhur pula dikatakan bagaimana Allah menyembunyikan Lailatul Qadar di malam-malam ganjilnya.

Memohonlah kepada Allah agar dikurniakan syurga dan di jauhkan dari api neraka adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w. Sama-samalah kita menghayati dan mengamalkannya selalu.

Read More..

Walaupun mungkin agak sedikit panjang, tapi ia sangat penting dan berguna buat kita semua. Marilah kita sama-sama mengambil manfaat daripada artikel ini.

mukminah

12 Sikap yang perlu ada pada seorang mukmin

  • (1.) Sikap orang mukmin dengan Allah

ALLAH sangat dibesarkannya, melalui ibadah sembahyang,zikir, membaca Al Quran, tasbih dan tahmid. Rasa bertuhan sangat mendalam hingga terserlah pada mukanya dan sikap hidupnya. Misalnya merendah diri, pemalu, sabar, redha, tenang,pemurah, tawakal, pemaaf, bertolak ansur dan berdisiplin,sehingga melihat mukanya mengingatkan kita kepada Allah dan hari Akhirat. Melihat mukanya kita rasa senang dan tenang.

  • (2.) Sikap orang mukmin dengan syariat Islam

Syariat sangat dijaga. Pakaiannya menutup aurat, bersih dan kemas. Makan minumnya sangat dijaga yang haram dan syubhatnya. Pergaulan dijaga daripada bergaul bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhram. Matanya selalu ditundukkan.Percakapannya disukat dan dikawal daripada tersalah dan tersilap.Pendengarannya juga begitu, sangat dijaga daripada mendengar perkara-perkara yang haram. Masanya tidak dibiar kan terbuang dengan sia-sia. Setiap peralihan waktu dia pandai menggunakannya untuk diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah atau kerja-kerja yang sesuai dengan waktu itu.

  • (3.) Sikap orang mukmin dengan gurunya

Dia sangat menghormati gurunya. Malu ketika di hadapannya,merendah diri dengannya. Sekalipun guru yang mengajarnya tentang ilmu dunia. Jasa gurunya selalu dikenang seperti menyebut-nyebut nama dan jasa. Bila ada masa selalu menziarahinya,memberi bantuan dan hadiah. Bukan sahaja gurunya dihormati,bahkan isteri-isteri gurunya dan anak-anak gurunya dihormati.Kesalahan gurunya dilupakan, apatah pula dihina dan diberi malu serta diumpat, pasti tidak akan dilakukannya, sebaliknya selalu mendoakan gurunya pula.

  • (4.) Sikap orang mukmin dengan ibu bapa

Ibu bapa sangat dihormati, sangat merendah diri di hadapannya,jasa mereka selalu dikenang, bahkan dibalas selalu. Kesusahannya dibantu. Kalau senang diberi hadiah selalu. Selalu menziarahinya,sering mendoakannya, aibnya ditutup, bercakap dengan ibu bapa tutur bahasa sangat dijaga. Kalau ibu bapanya memarahinya, dia tidak akan melawan. Kalaupun perlu bercakap sekadar menjelaskan.

  • (5.) Sikap orang mukmin dengan kawan

Pandai bergaul dengan kawan, setia dengan kawan. Kesusahan kawan ditolong dan dibantu apatah lagi kalau diminta. Suka menziarahi kawan kalau ada masa. Janjinya ditepati, aibnya ditutupkan, anak dan isterinya dimuliakan. Kesalahannya dimaafkan walaupun tanpa diminta. Kalau dia yang membuat salah cepat-cepat meminta maaf. Menziarahi kawan memilih waktu, waktu ziarah tidak meliarkan mata, kehormatan keluarga kawan dijaga.

  • (6.) Sikap orang mukmin dengan manusia umumnya

Dalam pergaulan dengan manusia umumnya, pandai pula menyesuaikan diri. Dalam pergaulan dia sedar diri hingga pandai meletakkan diri pada tempatnya sesuai dengan kedudukannya.Pandai melayan orang sesuai dengan kedudukannya dan mengikut tarafnya. Kalau dia seorang yang pandai, atau kaya, atau berpangkat, dia tidak akan sombong atau menunjuk nunjuk diri di depan orang ramai. Dia tetap tawadhuk dan merendah diri. Dan kalau dia orang yang serba kurang tidak pula rasa rendah diri atau hina diri lebih-lebih lagi tidak mudah dihambakan orang. Kalau dia susah, tidak akan meminta-minta apalagi menipu. Dia tetap menjaga maruah dirinya. Mudah memberi salam dan mudah pula menjawab salam orang.

  • (7.) Sikap orang mukmin dengan tetamu

Dia sangat menghormati tetamu, mengutamakan keperluan tetamunya, sangat dijaga seperti makan minum dan tempat tinggalnya. Datangnya disambut, kepulangannya dihantar hingga di hadapan pintu atau di hadapan rumahnya hingga hilang dari pandangannya. Memberi hadiah kepada tetamu atau memberi buah tangan kalau ada di waktu mampu.

  • (8.) Sikap orang mukmin dengan anak isteri

Dia mengelokkan pergaulan dengan mereka. Memberi nasihat dan memimpin mereka selalu. Kesilapan mereka dibetulkan dengan bijaksana. Sabar dengan kerenah mereka. Beribadah fardhu bersama, makan bersama. Kewajipan terhadap anak isteri ditunaikan. Mendidik dan mendisiplinkan mereka di dalam sebarang perkara. Anak-anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang.Anak yang masih belajar didisiplinkan mereka. Jangan sangat tunjukkan kasih sayang dan jangan tunjukkan benci. Anak yang sudah dewasa atau sudah berkeluarga, dilayan macam kawan,ajak mereka berbincang. Berbual-bual dengan mereka. Dengan isteri perlu ada gurau senda yang tidak berlebih-lebihan, berbual-bual dengannya sesuai dengan kedudukan isteri untuk mengambil dan menjinakkan hati isteri itu bagi yang ramai isteri.Bagi orang yang berpoligami, bertolak ansur dalam hal-hal yang dibolehkan. Boleh juga tidak bertolak ansur dalam hal-hal yang dibolehkan, di masa-masa tertentu untuk didikan mereka.

  • (9.) Sikap orang mukmin dengan situasi

Orang mukmin sentiasa menjaga maruah diri. Kalau dia lalu ditempat-tempat yang penuh dengan keadaan-keadaan yang boleh melalaikan dan boleh jatuh kepada haram, atau yang boleh menggugat iman, dia tidak akan terpengaruh. Dia tetap terhormat dengan tidak meliarkan pandangan, tidak membuka telinga untuk laluan perkara-perkara yang melalaikan itu. Seolah-olah dia tidak melihat apa-apa di sekelilingnya, seolah-olah tidak ada apa-apa terjadi. Hatinya tidak rosak oleh suasana sekelilingnya.Keadaannya macamlah ikan di laut, dia tidak masin oleh masinnya air laut.

  • (10.) Sikap orang mukmin dengan ilmu

Orang mukmin sentiasa menambah ilmu dan pengalaman.Makin berumur semakin banyak ilmu. Semakin tua, ilmunyajuga ikut tua dan matang, semakin luas pengalaman. Ia sangat peka dengan ilmu. Setiap kejadian diambil iktibar dan pengajaran.Setiap isu semasa, pandai pula dia mengambil hikmahnya serta pandai menilai buruk baiknya hingga mendapat ilmu pengajaran darinya serta dia boleh menetapkan pendirian dan sikapnya terhadap isu tersebut. Tambahan pula orang mukmin itu sepatutnya mengambil tahu setiap kejadian di dunia ini.Sebab itu orang mukmin tidak mudah tertipu dan ditipu, tidak mudah terpengaruh dengan yang negatif tapi mudah terpengaruh dengan yang positif. Orang mukmin tidak mudah dicorak tapi mudah mencorak.

saintis-islam

  • (11.) Sikap orang mukmin dengan masa

Orang mukmin sangat menjaga masa. Masa tidak dibuang dan disia-siakan begitu saja. Setiap masa diisi dengan sesuatu yang berfaedah. Bahkan pandai membahagi-bahagikan masa diisi dengan jadual hidupnya. Ada masa untuk beribadah, ada masa untuk membaca, ada masa untuk berjuang, masa untuk menziarah,masa dengan anak dan isteri-isteri, masa untuk tidur baring dan rehatnya. Kalau dia orang penting, ada masa untuk tetamu dan orang-orang yang hendak berjumpa dengannya.Begitulah seterusnya masa itu sangat berharga. Masa adalah umurnya. Mensia-siakan masa ertinya mensia-siakan umurnya,dia sudah tentu tidak akan mensia-siakan umurnya.

  • (12.) Sikap orang mukmin dengan harta

Orang mukmin bila berhadapan dengan harta dan harta benda kekayaan, sangat cemas dan bimbang, takut disalah gunakan,kerana itu dia bersyukur dengan Tuhan. Menggunakan harta benda kekayaan itu untuk Allah dan untuk khidmat kepada manusia lebih-lebih lagi dia sangat cemas kalau-kalau dia membuat kerja-kerja yang boleh membazirkan harta benda dan membuangnya kepada yang haram dan sia-sia. Orang mukmin merasa harta benda dan kekayaan adalah amanah Tuhan yang perlu dipertanggungjawabkan sebaik-baiknya. Untuk diagih-agihkan kepada yang sebenarnya dan yang empunyanya. Terutamanya digunakan kepada fakir miskin dan kepada jihad fisabilillah.

Saya ingin menyeru kepada sahabat-sahabat semua, marilah kita sama-sama berusaha mencari redha NYA. Sama-samalah kita berusaha mengamalkan apa yang dinyatakan dalam artikel di atas. Walaupun mungkin sukar dan memerlukan mujahadah, tapi itulah yang Allah nilai.

P/s- Sekiranya anda rasa artikel ini bagus dan bermanfaat, sila lah forward artikel ini kepada kawan-kawan yang lain. Terima kasih ;)

Read More..

Followers of the chosen one

Aram kitai Solat...

get this

Blog Archive