akhi ijal

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (An-Nahl 16:128)

URUGUAY IKTIRAF PALESTIN

Republik Uruguay telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berdasarkan kepada persempadanan wilayah ketika Peperangan Enam Hari (Six Day War) pada tahun 1967.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa 15 Mac, Kementerian Luar Uruguay berkata bahawa keputusan untuk mengiktiraf negara Palestin adalah merupakan satu tanda keiltizaman negaranya terhadap proses damai di Timur Tengah. Tindakan Uruguay ini adalah selari dengan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut supaya penaklukan Israeli ke atas wilayah-wilayah Palestin dihentikan.

Masyarakat antarabangsa menyokong tuntutan tertegaknya Palestin sebagai sebuah negara yang merangkumi wilayah Gaza, Tebing Barat dan Timur Al-Quds (Jerusalem) — iaitu semua wilayah yang ditakluk dalam kejadian Peperangan Enam Hari pada tahun 1967.

Rejim Zionis terus membina penempatan-penempatan haram baru bagi kaum Yahudi di wilayah Tebing Barat dan Timur Al-Quds, walaupun tindakan ganas dan zalim mereka itu mendapat kecaman daripada masyarakat antarabangsa dan PBB sendiri.

Kini lebih 100 buah negara telah mengiktiraf deklarasi tahun 1988 bagi sebuah negara Palestin yang bebas merdeka. Antaranya, beberapa negara Amerika Latin termasuklah Argentina, Bolovia, Brazil, Chile, Ecuador, Guyana, Paraguay, Peru dan Venezuela.

0 comments:

Post a Comment

Followers of the chosen one

Aram kitai Solat...

get this