akhi ijal

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (An-Nahl 16:128)

Abu Nuaim meriwayatkan dari Abu Hurairah RA katanya, pernah pada suatu hari aku melihat Nabi SAW bersembahyang sambi duduk. Maka aku bertanya pada baginda, “Apakah sebabnya tuan sembahyang sambil duduk ya Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Aku tidak kuat untuk berdiri kerana lapar.”

Apabila mendegar jawapan Nabi SAW, Abu Hurairah RA menangis dan Nabi SAW berkata, “Wahai Abu Hurairah, janganlah kamu menangis, sesungguhnya perhitungan di hari kiamat tidak sama dengan kesulitan lapar di dunia.”

Pada suatu hari ketika Nabi SAW merasa lapar, maka baginda meletakkan batu pada perutnya sambil bersabda:

“Adakalanya seorang yang kenyang dan hidup mewah di dunia, kelak akan lapar dan telanjang di hari kiamat dan ada kalanya pula orang yang hina di dunia, kelak akan mulia di hari kiamat.”

Saad Bin Abi Waqaz berkata, “Ketika kami masih berada di Mekah bersama Nabi SAW, kami telah biasa menghadapi kelaparan, kerena itu setiap kali mendapat ujian kami akan bersabar.”

Dari Abu Hurairah RA menceritakan, “”Pada suatu hari aku berasa sangat lapar sehingga terpaksa menyendal perutku dengan batu. Aku diajak oleh Rasulullah SAW masuk ke rumah baginda. Di rumah baginda terdapat segelas susu. Rasulullah SAW bertanya kepada orang yang berada di rumah, Dari manakah datangnya segelas susu ini?” Kata mereka, “Susu ini adalah pemberian seseorang.”

sabar_itu_separuh_daripada_iman___450_x_450

Kemudian Rasulullah SAW menyuruhku memanggil ahli Suffa yang tinggal di serambi masjid (mereka adalah tetamu islam yang tidak mempunyai harta dan keluarga). Jika Rasulullah SAW mendapat hadiah dari seseorang, maka baginda mengambil sebahagian yang lain diberikan kepada mereka (ahli Suffa). Jika terdapat sedekah, maka Rasulullah SAW memberi kesemuanya kepada ahli Suffa kerana baginda tidak menerima sedekah.

Dalam hatiku berkata, ” Jika aku memanggil mereka dan mereka minum bersama, pasti aku tidak berpeluang minum susu tersebut, tetapi jika aku memanggil mereka bererti aku tidak taat kepada perintah Rasulullah, padahal taat kepada Allah dan RasulNYA adalah wajib. Tetapi aku ingin minum susu itu semua agar badanku menjadi kuat.”

Apabila mereka datang, Nabi SAW menyuruhku memberikan gelas itu kepada mereka terlebih dahulu secara bergilir-gilir dan mereka semua minum susu tersebut sehingga puas.

Apabila selesai semuanya, barulah gelas itu diberikan kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW melihat wajahku sambil berkata, “Wahai Abu Hurairah, sekarang tinggal untukku dan da kamu sahaja,”

Jawabku, “Benar ya Rasulullah.” Baginda menyuruhku duduk dan minum dari lebihan susu itu sehingga aku merasa kenyang lalu aku berikan kepada Rasulullah SAW, tetapi baginda tetap menyuruhku minum sehingga aku sendiri tidak mahu, selepas itu barulah Rasulullah SAW minum lebihan susu yang masih ada.

Sumber buku Pesonanya SABAR, oleh Adil Akhyar

0 comments:

Post a Comment

Followers of the chosen one

Aram kitai Solat...

get this