Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan mengenai asal usul kejadian api di dunia ini. Diriwayatkan setelah Nabi Adam a.s. dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan (buah Khuldi), maka Allah SWT telah memerintahkan Malaikat Jibril a.s. supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam a.s. Maka Jibril AS pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah. Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril a.s. pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia. Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk di bawa ke dunia. Maka Jibril a.s. pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga. Dan ia dicelupkan ke dalam 70 buah sungai. Selepas itu Jibril a.s. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yang tinggi. Sejurus setelah diletakkan api tersebut, tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair. Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya. Pengajaran Bagaimana mungkin kita dapat menahan siksaan api neraka yang sebenar sekiranya kita dihumban ke dalam neraka kelak??? Tidak gentar dan gerun kah kita??? Berani lagi kah kita melakukan maksiat demi maksiat, sedangkan kita mengetahui betapa panasnya api neraka??? Sama-samalah kita fikirkan…
Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukkan ke dalam 70 buah sungai di syurga, dengan sebanyak 70 celupan pada setiap sungai. Bayangkan hanya sisa apa neraka itu saja pun, manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya.
0 comments:
Post a Comment