akhi ijal

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (An-Nahl 16:128)

RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM...

Madu>>>
--Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Al-Quran mengiktiraf ia 'shifa' iaitu penyembuh penyakit.Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir,membaca,merancang dan bermesyuarat.

Kismis>>>
--Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.Adab memakannya ialah dengan mengadap kiblat,membaca Bismillah dan selawat 3 kali diikuti doa penerang hati.

Susu Segar>>>

--Susu berguna untuk kesihatan otak,mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal.

Telur>>>
--Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak,badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.

Halia>>>
--Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa.Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.

Buah Delima>>>
--Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW:"Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya,sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari".


Daging Burung Merpati>>>
--Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

Otak Ayam>>>

--Boleh dibuat sup dandicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

Daging Ayam>>>

--Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

Daging Biri-biri>>>

--Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

Hati>>>

--Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.


Kekacang>>>

--Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar pintari berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


Buah Badam>>>
--Untuk meningkatkan kecerdasan.


Za’faran: KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)>>>
--Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit
India dan sesetengah kedai runcit Melayu.


Kemenyan Putih (kemenyan serani/luban/kundar)>>>
--Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

Bunga Kobis>>>
--Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

Bunga Cengkih>>>
--Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

Labu>>>
--Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.


Buah Kedekai(MAJALAWI)>>>
--Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.


Minyak Sapi>>>
--Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.


Sayur-sayuran dan Buah-buahan>>>
--Juga membantu meningkatkan akal dan memori

0 comments:

Post a Comment

Followers of the chosen one

Aram kitai Solat...

get this