akhi ijal

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (An-Nahl 16:128)

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain

Baginda SAW memberi salam dengan lafaz Assalamualaikum dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;
Beri salam dengan ucapan
- “Assalamualaikum”
dan…
Jawab salam -
“Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ; WAALAI KUMUS SALAM
dan bukannya yang selalu didengari iaitu ; WAALAI KUMSALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkataKirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye contoh lerr…
Dan bukannya : Kirim salam kat ZIZAH yer

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti " Ko tolong kirim salam maut kat dia yer". Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan Assalamualaikumdengan A’kum dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan As Salamyang membawa maksud sama dengan“Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A’kumdalam sms ataupun email. Perkataan AKUMadalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud BINATANG dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform A’kum, kita ingatkan dia guna As Salamkerana salam ialah dari perkataanAssalamualaikum“.

0 comments:

Post a Comment

Followers of the chosen one

Aram kitai Solat...

get this