Read More..
Salam semua. Hari ini ana ingin kongsikan satu kisah yang menarik untuk anda semua. Semoga perkongsian kisah ini akan mendekatkan keimanan kita kepadaNYA. Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan. Sabda Rasulullah s.a.w. mengatakan : “Alhajju Arafat” (Haji itu wukuf di Arafah) Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah ‘muallaf’. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu : “Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.” Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi. Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : “Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi ’syahadat’ yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga.” Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.
Bagaimana puasa sahabat-sahabat di penghujung ramadhan ini? Harap-harap semuanya dapat dilalui dengan penuh kesabaran serta kesyukuran dariNYA.
Kisah Pak Pandir Dengan Tahi Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, ‘Hmmm…Bentuk macam taik…’ Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, ‘Lembik…macam taik.’ Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata, ‘Bau macam taik.’ Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit… ‘MEMANG SAH TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!’ Pengajaran cerita : Jangan jadi macam Pak Pandir yer!!!
Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6: i. Dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim). ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim) iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: Dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim) PENJELASAN Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia). Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia. Manakala membunuh cicak kalau boleh hendaklah dengan cara yang terus dapat membunuh cicak tersebut supaya binatang tersebut tidak terseksa akibat kesakitan. (Kepada yang lebih a’rif, harap tlg perbetulkan jika ada kesilapan… Wallahua’lam.) Cicak, najisnya, telurnya, dan bangkainya boleh memudaratkan manusia. Ada yang kaitkan sakit sopak dengan bangkai atau telur cicak dalam kolam air mandi atau air minum. Tak taulah betul atau tidak. Ada yang kaitkan cicak dengan keracunan salmonella. Malahan ada yang kaitkan cicak dengan tumor, kerana cicak boleh terkena serangan tumor ( benjolan-benjolan ). Pun tak tau kesahihannya. Yang tanpa syak ialah ke mana saja cicak merayap, ia akan menyebarkan virus dan kotoran yang tersangkut pada kaki, badan dan ekornya. Banyak tempat cicak merayap, termasuklah tandas, bawah meja, belakang kabinet, celah sinki, bawah peti ais, siling, dan dinding. Cicak juga ada sikap jahat ( dengki ). Situlah tempat sujud solat witir , situlah jadi tempat favorite dia berak. Jika situ tempat kita belajar, situlah yang dipilih jadi jamban terbukanya. Jika situ tempat letak makanan dan minuman, situ juga tempat dia bom dari atas. Sekarang kedapatan spray untuk menghindari cicak daripada menghuni rumah, agak berkesan kerana saya pernah menggunakannya. Tapi pastikan jangan spray di atas sahaja, kerana selepas itu, cicak-cicak di rumah saya berjalan di atas lantai sama macam kami sekeluarga. Agaknya gayat dah bergayut kat atas syiling. Kenapa ada cicak di rumah? TIP (1) Kenapa ada serangga di rumah? TIP (2) Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? TIP (3) 2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor. TIP (4) 3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak. TIP (5) 4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. TIP (6) Akhirkata
Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Walaupun sekarang -apa yang pernah saya terserempak- ada cicak yang sudah pandai makan nasi, tapi masih lagi feberet dia makan serangga, sebab nasi putih tak enak dimakan begitu sahaja, berbeza dengan serangga.
Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.
Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI, LALAT dan kalau time KELKATU keluar sarang, mereka akan berpesta makan sampai cirit-birit.
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.
1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!!
Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.
Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK.
Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA.
Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-pinak setelah kenyang hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.
takde ke cara nak sejukkan air tin ni dengan lebih pantas?? Nak tau petua tu?? OK, kalau nak tau. 1-Ambil kain atau tuala yang bersaiz kecil (saiz kain jangan terlalu besar) Dengan melakukan petua ini, ianya akan mempercepatkan proses penyejukan sehingga 3 kali ganda lebih pantasdaripada biasa.
Saya akan ceritakan sekarang.
Begini caranya ;
2-Basahkan kain/tuala tersebut.
3-Bungkuskan air tin dengan kain/tuala yang dibasahkan tadi
4-Masukkan air tin yang dibungkuskan dengan kain/tuala basah tersebut ke dalam peti sejuk/freezer
Selamat Mencuba
assalam...
sedikit tips berkaitan dengan huruf untuk pemilihan awal nama...insyaAllah
A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.
Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.













