Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6: i. Dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim). ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim) iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: Dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim) PENJELASAN Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia). Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia. Manakala membunuh cicak kalau boleh hendaklah dengan cara yang terus dapat membunuh cicak tersebut supaya binatang tersebut tidak terseksa akibat kesakitan. (Kepada yang lebih a’rif, harap tlg perbetulkan jika ada kesilapan… Wallahua’lam.) Cicak, najisnya, telurnya, dan bangkainya boleh memudaratkan manusia. Ada yang kaitkan sakit sopak dengan bangkai atau telur cicak dalam kolam air mandi atau air minum. Tak taulah betul atau tidak. Ada yang kaitkan cicak dengan keracunan salmonella. Malahan ada yang kaitkan cicak dengan tumor, kerana cicak boleh terkena serangan tumor ( benjolan-benjolan ). Pun tak tau kesahihannya. Yang tanpa syak ialah ke mana saja cicak merayap, ia akan menyebarkan virus dan kotoran yang tersangkut pada kaki, badan dan ekornya. Banyak tempat cicak merayap, termasuklah tandas, bawah meja, belakang kabinet, celah sinki, bawah peti ais, siling, dan dinding. Cicak juga ada sikap jahat ( dengki ). Situlah tempat sujud solat witir , situlah jadi tempat favorite dia berak. Jika situ tempat kita belajar, situlah yang dipilih jadi jamban terbukanya. Jika situ tempat letak makanan dan minuman, situ juga tempat dia bom dari atas. Sekarang kedapatan spray untuk menghindari cicak daripada menghuni rumah, agak berkesan kerana saya pernah menggunakannya. Tapi pastikan jangan spray di atas sahaja, kerana selepas itu, cicak-cicak di rumah saya berjalan di atas lantai sama macam kami sekeluarga. Agaknya gayat dah bergayut kat atas syiling. Kenapa ada cicak di rumah? TIP (1) Kenapa ada serangga di rumah? TIP (2) Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? TIP (3) 2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor. TIP (4) 3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak. TIP (5) 4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. TIP (6) Akhirkata
Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Walaupun sekarang -apa yang pernah saya terserempak- ada cicak yang sudah pandai makan nasi, tapi masih lagi feberet dia makan serangga, sebab nasi putih tak enak dimakan begitu sahaja, berbeza dengan serangga.
Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.
Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI, LALAT dan kalau time KELKATU keluar sarang, mereka akan berpesta makan sampai cirit-birit.
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.
1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!!
Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.
Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK.
Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA.
Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-pinak setelah kenyang hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.
Pernah tak semasa anda sedang seronok mendengar CD lagu kegemaran anda, tiba-tiba CD anda tu tersangkut-sangkut sehingga mengacau ‘stim’ anda mendengar lagu kegemaran anda. Ada macam-macam sebab CD tu tersangkut-sangkut. Begini caranya ; 1-Ambil marker pen (tak kisah la warna biru ke merah ke atau hitam..semuanya boleh di pakai) Lagi satu petua ialah ; 1-Masukkan CD bercalar tersebut dalam ‘freezer’ (tempat buat ais batu) InsyaAllah, dengan petua tersebut masalah CD tersangkut anda akan dapat diselesaikan. Sekiranya anda telah melakukan 2 petua yang saya tunjukkan itu, namun CD anda masih tetap lagi tersangkut-sangkut, maka hanya tinggal satu jer cara lagi untuk selesaikan masalah tersebut. Caranya ialah ; 1-Ambik CD yang tersangkut-sangkut tu. Habis cerita…hehe…jangan marah nooo….
Salah satu sebabnya ialah kerana CD tu dah bercalar.
Baik…sekarang saya akan mengajar kepada anda petua bagaimana untuk memperbaiki CD yang becalar tu.
2-Dengan menggunakan marker pen tu tadi,contengkan di tempat calar pada CD tersebut.
3-Biarkan dakwat marker pada CD tu kering sebelum anda mainkan CD tersebut.
2-Biarkan selama 2 jam.
3-Keluarkan CD dan keringkan.
2-Campak masuk tong sampah.
3-Pergi ke kedai CD, beli CD baru.
Anda menghadapi kesukaran untuk menghilangkan dakwat pen yang terlekat pada tangan? Begini caranya; 1-Ambil mancis Dengan cara ini, dakwat akan dapat dibersihkan dengan mudah. P/s- Petua ini berkesan untuk menghilangkan segala macam jenis dakwat pen…ball pen, crayon pen etc. Selamat mencuba.
Saya ada cara mudah untuk menghilangkannya.
2-Basahkan hujung mancis (bahagian yang digunakan untuk menyalakan api)
3-Gosokkan hujung mancis yang dibasahkan tersebut ke bahagian yang terkena dakwat pen sehingga beberapa ketika.
4-Kemudian, ambil tissue yang dilembapkan dengan air atau kain basah, lap dan sapukan kepada bahagian yang terkena dakwat tersebut.
Adakah peti ais anda berbau busuk? Yaa memang benar, Tapi di manakah anda boleh mendapatkan arang? OK baiklah! 1-Ambil sekeping atau 2 keping roti (Roti Gardenia ker Roti High5 ker…semuanya boleh pakai) � Haaa siap la arang. Mudah kan?
Adakah anda tahu bagaimana untuk menghilangkan bau busuk tersebut?
Mungkin ramai yang dah tahu bahawa,
arang boleh menghilangkan bau busuk kan?
jika anda meletakkan arang di dalam peti ais anda, bau busuk akan hilang,
atau setidak-setidaknya bau tersebut akan berkurangan.
Takkan la nak beli arang kat kedai sampai sekotak atau seplastik,
semata-mata nak letak dalam peti ais anda.
Kalau beli banyak sangat arang membazir la pulak kan?
Kali ini saya akan menceritakan pada anda cara mudah nak buat ‘arang segera’ di rumah.
Begini caranya ;
2-Masukkan dalam ‘toaster’ atau pembakar roti. ?*kalau tak ada ‘toaster’, boleh bakar terus pakai dapur gas.
3-Bakar roti sehingga hangus (bakar sampai jadi hitam)
Sekarang, anda boleh gunakan roti yang hangus tu untuk menghilangkan bau busuk dalam peti ais.
Atau anda juga boleh gunakannya untuk menghilangkan bau busuk bakul sampah anda.
Selamat mencuba!
Rumah anda ada banyak semut tak? Tahu tak macammana kita dapat menghalang semut daripada memasuki balang gula / bekas makanan / tin susu anda? Begini caranya ; *Semut tak suka kepada kapur (CaCO3). Bila semut nampak saja garisan sempadan kapur tersebut, pasti ia tak akan mendekatinya.
1-Ambil kapur tulis (atau chalk) * kalau boleh guna yang warna putih lagi baik
2-Dengan menggunakan kapur tersebut, buatkan garisan sempadan menutupi tempat balang gula anda disimpan
Adakah anda menghadapi kesukaran untuk mencuci blender/mixer, terutamanya di bahagian bawahnya?? Begini caranya ; Lihatlah hasilnya. Selain blender/mixer, petua ini juga boleh digunakan untuk membasuh bekas minuman/botol air/kole air yang sukar untuk dibasuh. Caranya ialah: Mudahkan petua ini? Jadi, setelah anda baca dan faham, kemudian terus praktik. Seterusnya, sebarkan-sebarkanlah ilmu yang anda amalkan itu kepada orang lain
Haaa jangan bimbang!
Saya ada satu cara untuk ditunjukkan
1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam blender/mixer
2-Ambil kulit telur dan masukkan sekali ke dalam blender/mixer tersebut
3-“ON” kan blender/mixer anda tu sehingga beberapa ketika
Kulit telur yang anda masukkan ke dalam blender/mixer tersebut akan hancur setelah anda “ON” blender/mixer tersebut.
Kulit telur yang telah hancur itu sebenarnya berperanan sebagai ‘pemberus’ bagi mencuci blender anda.
1-Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas minuman/kole air
2-Masukkan kulit telur yang telah dihancurkan
3-Goncangkan bekas minuman/botol air/kole air sehingga kotoran hilang
Cubalah!
Kemudian, ajarkanlah petua yang hebat ini kepada ibu atau makcik anda nanti.
Nescaya pasti ibu dan makcik anda akan berterima kasih kepada anda.
Seorang tokoh sufi, Abu Yazid Al Busthami pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,”Yaa syeikh, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah terlepas saya beribadah kepada Allah. Tatkala orang lain tidur lena , saya masih bermunajat. Ketika isteri saya masih belum bangun, saya sudah pun mengaji. Saya juga bukanlah seorang yang pemalas untuk mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”, tanya lelaki tersebut. Abu Yazid menjawab dengan penuh berhemah. Katanya, “Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut wajahmu. Adakah kamu tahu, Rasulullah SAW adalah seorang yang miskin harta namun wajahnya tak pernah keruh, malah sentiasa ceria. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya ’salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang lain tidak senang kepadanya’” Apabila mendengar penjelasan daripada Abu Yazid, lelaki itu tertunduk. Kemudian, dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya dan raut wajahnya. Mulai hari itu, wajah lelaki tersebut kelihatan senantiasa ceria dan berseri. Setiap kesedihan diterimanya dengan sabar tanpa sebarang keluhan. Sejak daripada peristiwa tersebut, lelaki itu tak pernah datang lagi kepada Abu Yazid untuk mengadu tentang nasib malangnya. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum. Raut wajahnya tampak bersih berseri dan sentiasa ceria. Maka tidak hairanlah Imam Hasan Al Basri berpendapat, ’Punca awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah raut muka yang ceria dan penuh senyum. Malah Rasulullah SAW mengatakan, ’senyuman adalah sedekah paling murah tetapi sangat besar manfaatnya’ Demikian pulalah seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang dan masam sesama sendiri. Begitu juga, celakanya persahabatan sekiranya dikalangan mereka saling tidak bertegur-sapa. Sesungguhnya tidak ada persoalan yang dapat diselesaikan dengan mudah melalui kemurungan dan ketegangan. Sebaliknya dengan hati yang sentiasa tenang, fikiran yang lapang dan wajah yang sentiasa ceria, apapun persoalannya dan permasalahannya, Insya Allah, nescaya akan dapat diatasi. Sikap sebeginilah yang dapat membentuk keluarga dan masyarakat sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
(Sumber : “Ito-ken no Shokutaku” http://www.ntv.co.jp/ito-ke/ ) � * Lakukan selama 3 minit sehari. Anda boleh melakukannya ketika membuat kerja-kerja yang lain. Tak percaya!? Cubalah!!
* Yang pentingnya di sini, menghembus / meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat.
* Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.
* Menurut pakar, ketika kita bernafas, otot perut adalah lebih banyak digunakan ketika menghembus nafas daripada ketika menarik nafas.
* Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, penggunaan otot perut menjadi kan kesannya berlipat kali ganda.
Adakah anda tahu adab memotong kuku? Semoga bermanfaat. 1. Baca Doa Ketika Memotong Kuku 2. Cara Potong Kuku Tangan (*Mengikut cara yang diajar oleh Syeikh Baijuri) Dimulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking, berikutnya barulah ibu jari tangan kanan. Kemudian seterusnya, dimulai dari kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri. Sila lihat ilustrasi seperti dibawah untuk lebih jelas ; 3. Cara Potong Kuku Kaki (* Mengikut cara yang diajar oleh Ibnu Rif’ah) Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri yang terakhirnya. Sila lihat ilustrasi seperti dibawah untuk lebih jelas ; 4. Hari-hari Yang Disunatkan Memotong Kuku Terdapat dalam sebuah hadith Nabi SAW bermaksud ; “Barangsiapa memotong kuku atau mengerat kuku pada ; SABTU –> Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan) AHAD –> Hilang berkat ISNIN –> Mempusakai alim fadhil (berilmu dan mempunyai kelebihan) SELASA –> Mempusakai kebinasaan RABU –> Mempusakai jahat perangai KHAMIS –> Mempusakai kaya JUMAAT –> Mempusakai ilmu dan lemah lembut. ” ** RUJUKAN:Dipetik dari kitab Al-Jauharul Mauhub Wa Munabbahatul Qulub Jilid 1
Kalau tidak tahu,
di sini saya akan tuliskan tentang adab dan cara memotong kuku dengan betul.
Tahukah anda bagaimana cara mudah dan pantas untuk nyah-beku kan sesuatu bahan frozen seperti ayam/daging/ikan yang beku?Rendam dalam air panas? Guna microwave? Selalunya berapa lamakah masa yang anda ambil untuk nyah beku daging/ayam beku? Tahukah anda, proses nyah beku yang dilakukan itu akan menghilangkan banyak zat/khasiat daripada bahan tersebut? Malah rasanya juga akan turut berubah. Baik, sekarang, saya akan ajarkan kepada anda cara berkesan bagaimana anda dapat me’nyah-beku’ daging/ayam frozen dengan cepat tanpa menghilangkan zat/khasiat daging/ayam tersebut. Begini caranya ; 1.Sediakan air panas (tapi jangan terlampau panas…kalau boleh air tu dalam lingkungan 40 dajah celcius) Dengan cara ini, tempoh nyah-beku akan menjadi bertambah singkat. Dan yang paling penting, zat/khasiatnya tidak akan hilang. Begitu juga dengan rasanya…akan tetap kekal kesedapannya seolah-olah anda makan daging/ayam yang baru disembelih. Nota :
Malah rasanya juga akan kekal seperti macam daging/ayam segar.
2.Masukkan sedikit garam ke dalam air panas tadi ( 1 liter air , 2 sudu besar garam )
3.Rendamkan daging/ayam frozen tadi ke dalam air panas bergaram tersebut
4.Rendam selama 1 minit sahaja (jangan lebih, jangan kurang)
5.Keluarkan daging/ayam tersebut
6.Kalau boleh lapkan daging/ayam yang baru direndam itu dengan kertas/tisu
7.Balutkan daging/ayam dengan plastic wrapping lutsinar
8.Kemudian, masukkannya ke dalam peti ais
•Garam akan menghalang zat/khasiat daging/ayam daripada mengalir keluar
•Air panas kalau boleh dalam 40 darjah Celsius kerana menurut kajian sains, suhu 40 darjah adalah yang paling baik untuk tujuah nyah beku. Jika air terlampau panas, ianya akan merosakkan structur daging/ayam tersebut
•Bahan-bahan yang sesuai dengan cara nyah beku ini termasuklah ayam/daging/ikan.
Solat itu tiang agama. Solat itu umpama kepala kepada badan. Tunaikanlah solat dengan sebaik dan sesempurna mungkin. Semoga Allah menerima solat dan segala ibadat yang kita lakukan. Berikut ini disenaraikan 15 tips bagaimana kita dapat menunaikan solat dengan lebih khusyu’ dan tawadu’ lagi. Semoga dapat kita amalkan sama-sama. 1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah. 2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik. 3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu upaya tidak gopoh apakala masa hampir luput. 4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. 5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu. 6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah. 7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita. 8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat. 9.Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat. 10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. 11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah. 12. Mengambil wuduk dengan sempurna. 13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. 14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja. 15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
Perut adalah pusat kebanyakan penyakit. Pakar perubatan sependapat mengatakan ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengawal makan. Malah Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda yang bermaksud, “Setiap penyakit disebabkan oleh banyak makanan dan setiap ubat disebabkan oleh sedikit makan.”
Sememangnya terlalu banyak makan boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti sakit perut, kembung, sembelit, rasa mual, muntah atau cirit birit. Kesemuanya ini berpunca daripada makan dan tabiat makan kita. Ia menandakan berlaku ketidakseimbangan organisasi dalam usus kita.
Ada 10 simptom yang perlu diingat kerana ia menandakan kita mengalami masalah pencernaan (aktiviti enzim) iaitu:
Banyak angin (lebih kerap kentut daripada biasa)
- Kembung
- Cepat penat
- Mudah berparut
- Keradangan kulit
- Berat badan bertambah dengan cepat
- Sering sendawa
- Pedih ulu hati
- Makanan tidak hadam
- Keradangan lain
Antara cara yang boleh diamalkan untuk menggalakkan kesihatan saluran pencernaan kita ialah:
- Jangan makan terlalu banyak. Walaupun sudah jadi budaya kita untuk makan setiap kali keluar atau berjumpa kawan, kawallah makanan yang masuk ke dalam perut.
- Kunyah makanan hingga betul-betul lumat. Kunyah makanan perlahan-lahan (sekurang-kurangnya 30 kali, dan ada hadis yang menyarankan 44 kali kunyah) sebelum makanan ditelan. Ada rahsia di sebalik saranan ini kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan.
- Minum sebelum atau selepas makan. Elakkan minum ketika makan kerana ia akan mencairkan enzim pencernaan dalam perut. Proses pencernaan akan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut yang berasid. Jika terpaksa, minumlah dalam tegukan yang kecil tetapi elakkan minuman berkarbonat, soda atau minuman berais kerana menghalang pencernaan. Sebaiknya minum 10 minit sebelum makan atau sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
- Amalkan jadual ke tandas yang tetap setiap hari. Ia secara tidak langsung memberi laluan kepada badan menyingkirkan bahan toksin secara berkala dan memperbaiki persekitaran usus.
- Makan lebih banyak sayur-sayuran mentah (termasuk ulam dan salad) serta buah-buahan kerana ia mengandungi banyak bahan yang boleh melancarkan proses pencernaan.
- Minum air secukupnya. Air menjadi bahan pengantara yang terbaik dalam badan. Badan yang tidak cukup air secara automatik akan merangsang fungsi enzim dan mengganggu proses penghadaman. Malah anda lebih sukar ke tandas jika tidak cukup air, walaupun banyak makan sayur-sayuran atau buah-buahan.
Bersenam selalu. Senaman boleh merangsang badan mencapai fungsi sebenar dan menggalakkan proses pencernaan.
- Elakkan diri daripada tekanan. Tekanan akan merangsang enzim untuk menjalankan semua fungsi metabolik dan jika ia berterusan, boleh mendatangkan masalah kepada badan.
- Makan produk tenusu kultur (contohnya yogurt dan cheese) atau probiotik kultur tempatan seperti dadih.
Nak tahu cara mudah bagaimanana menghilangkan tahi lalat? 1. Ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar Sekian.
Begini caranya.
2. Sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut.
3. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga tahi lalat itu tertanggal.
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba beberapa petua di bawah ini. Mudah saja caranya. Kos nya pun sangat murah. Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih) Petua 2 (Limau Nipis + Teh O) Petua 3 (Limau Nipis + Kapur sirih)
1. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…biarkan ia kering sehingga pagi.
1. Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (Ingat : NO SUGAR!)
2. Amalkan minum air tersebut setiap hari.
* Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
2. Lumurkan atau sapukan pada perut
3. Amalkan setiap malam.
Ada beberapa petua mudah untuk menjadikan muka kita lebih berseri iaitu ; Anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering. Petua menaikkan seri wajah InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu. Petua menghilangkan parut jerawat InsyaAllah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.Petua melicinkan kulit muka
1. Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. (Buat seperti masker)
2. Biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering
3. Cuci muka dengan air bersih.
4. Ulang sebanyak 3 kali seminggu
1. Ambil air kelapa tua.
2. Sapukan ke muka.
3. Biarkan sampai kering sehingga beberapa minit.
4. Basuh muka anda dengan bersih.
1. Mula-mula ambilkan sedikit madu
2. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk.
3. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat.
4. Lakukan setidak-tidaknya 2 hari sekali.
Ada beberapa petua yang ana ada terbaca dalam sebuah blog tentang bagaimana untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada orang-orang yang sudah berumur. Berikut ini disenaraikan beberapa petua yang boleh diamalkan. Semoga dapat sedikit panduan ;Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
2. Amalkan setiap hari.
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
"Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
SERI WAJAH & SIHAT CERGAS
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, sholat, berdzikir, dan berdo'a..
2.. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-
DOA TENGOK CERMIN
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi..
RAHSIA 13
Inilah dia rahsia as-Solat, sebagai peringatan kepada yang sudah mengetahuinya dan sebagai panduan kepada yang belum mengetahuinya: -
1. Niat solat - memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri dengan betul - ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbirratul ihram - sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah - sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' - sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal - disediakan minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud - memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul-mustaqim. .
8.. Duduk antara 2 sujud - menaung panji-panji Nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 sujud (akhir) - menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat akhir - sebagai penjawab soalan yang dikemukakan Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat keatas Nabi - sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam - memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib - akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Nota: Perkara di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi dan Nasrani tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. Maka direka-cipta anggapan dan cerita yang begitu seram sekali seperti "Friday the 13th", "Black Friday" dsbnya - Adakah anda sedar akan perkara ini!! Begitulah halusnya dakyah mereka menidakkan kebenaran dan kesucian Islam...
Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Pesanan Untuk Lelaki
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan
yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang
syadaqah."
(1) Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit
atau buat-buat sakit.
(2) Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering
menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".
(3) Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
(4)Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.
(5)Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.
(6)Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.
RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM...
Madu>>>
--Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Al-Quran mengiktiraf ia 'shifa' iaitu penyembuh penyakit.Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir,membaca,merancang dan bermesyuarat.
Kismis>>>
--Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.Adab memakannya ialah dengan mengadap kiblat,membaca Bismillah dan selawat 3 kali diikuti doa penerang hati.
Susu Segar>>>
--Susu berguna untuk kesihatan otak,mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal.
Telur>>>
--Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak,badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Halia>>>
--Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa.Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.
Buah Delima>>>
--Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW:"Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya,sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari".
Daging Burung Merpati>>>
--Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
Otak Ayam>>>
--Boleh dibuat sup dandicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
Daging Ayam>>>
--Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
Daging Biri-biri>>>
--Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
Hati>>>
--Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
Kekacang>>>
--Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar pintari berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
Buah Badam>>>
--Untuk meningkatkan kecerdasan.
Za’faran: KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)>>>
--Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit
India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
Kemenyan Putih (kemenyan serani/luban/kundar)>>>
--Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
Bunga Kobis>>>
--Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
Bunga Cengkih>>>
--Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.
Labu>>>
--Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
Buah Kedekai(MAJALAWI)>>>
--Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
Minyak Sapi>>>
--Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
Sayur-sayuran dan Buah-buahan>>>
--Juga membantu meningkatkan akal dan memori