akhi ijal

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (An-Nahl 16:128)

Ada beberapa petua yang ana ada terbaca dalam sebuah blog tentang bagaimana untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada orang-orang yang sudah berumur. Berikut ini disenaraikan beberapa petua yang boleh diamalkan. Semoga dapat sedikit panduan ;

  • Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
  • Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
  • Makanlah biji buah Peria.
  • Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
  • Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
  • Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
  • Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
  • Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
  • Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Read More..

tips untuk bibir merah semulajadi

1. Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur
2. Amalkan setiap hari.

Read More..

Tahukah anda rahsia perbezaan antara marjerin dan butter? Bacalah artikel ini hingga ke akhirnya, anda tentu tertarik!

Marjerin dan Butter, kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Butter sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama butter, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.Memakan butter meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Butter mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Butter lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Butter sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL(kolesterol bagus).

Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan. Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji seperti dibawah ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.
Dalam masa dua hari anda akan dapati 2 perkara berikut:

  1. Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
  2. Ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

Sebar2kanlah fakta ini supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

Read More..

assalam....


alhamdulillah,syukur diucapkan kpd Allah kerana memberi peluang kpd ana untuk mencari kebaikan di muka bumi ini..insyaAllah,ana akan gunakan peluang ini sebaik-baiknya..amin

lama sudah ana tidak berkongsi cerita dan pengalaman ana sepanjang tahun ini...

Alhamdulillah,byk btol pengalaman dan kejadian yg baru baru saja ana lalui...
Antaranya ialah apabila salah seorang kwn ana yg bertanya kpd ana mengenai salah seorang dr kwnny yg non-muslim menghina agama Allah!!! sungguh kejam mulut dia menuduh agama Allah itu SALAH!!!astagfirullah....kwn ana ini pun bertanya kpd ana,apa yg patut dia buat???nak debat ke?nak balas balik kata dia punya agama lagi la salah ke??....so,ana pun kata begini...

ijal--"kita x pelu nak berdebat pun, xda guna pun. Nektok,juz crik lam internet pa bukti islam tok hebat ngn crik bukti pa yg salah psal agama kwn kw ya.."
din--"ow,bgs juak mun gya,klak ku crik bukti ny.ehh,kw da bukti ka yg bleh ku guna klak??"
ijal--"insyaAllah ada,kdk dlm quran ada pdh psal benda yg kita plh seharian.contohnya kdk mandi wajib,pa binatang yg haram n so on..kita pun ada hadis k huraikan maksud dlm quran..cdak non ya juz ada bible jak..bible ya pun byk gilak version..version cdak nang xsama alu..dr amerika smpe jepun nang xsama alu..gne mok tauk tuhan nok ne patut cdak smbah mun lain2 version..cgek gk,bible ya sbnanya xda zmn Nabi Isa dlok..mmg ada injil,tp injil nok real ya dh ilang..so,ada la bbrpa org tok cdak mok agama cdak ada kitab juak..jd,cdak tok tiru la dr kitab cdak yahudi ya..cdak plh kdrik mpun..kdk gelaran nabi dlm kitab yahudi ya dituka cdak non tok jd "Son of God"..ya byk cdak non nktk juz tauk jesus a.k.a Nabi Isa tok guna gelaran "Son Of God' jak.."
din--"ow,gya ow..ok ok,insyaAllah klak ku guna hujah ya."
ijal--"mun kw mok ayat dr quran k hujah kw klak,tok ku brik cgek website...
din--"ok,tq jal"
ijal--"sama2"

begitula antara perbualan ana dgn kwn ana yg mahu dapatkan pndpt ana..bg ana sendiri,kalau kita x tahu,kita patut tanya,bukanny nak trus serang..x guna malah rugikan diri sendiri..insyaAllah,ana harap din dpt lakukan yg terbaik utk agama Islam..amin....

sekian saja utk kali ini,ana harap apa yg ada kita patut syukuri,dan apa yg musibah kita hayati..

wassalam

Read More..

Salam Ramadhan,
Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:
Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap danbersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Read More..

renungkanlah.......

Jika kita umpamakan Ramadhan ini seperti perlawanan bola sepak, separuh masa kedua bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertindak dan menyerang.

APAKAH JARINGAN KITA SETAKAT SEPARUH MASA KEDUA RAMADHAN TOK? AKAN DAPAT SIK PIALATAQWA?
Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.
Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.
Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.
Adakah Piala Taqwa itu bakal jatuh ke tangan orang lain, iaitu ke tangan Pasukan Nafsu ?
Dan masa sekarang yang ada di tangan kita, hanya tinggal separuh masa kedua… apakah masih ada ruang untuk berlengah?


" Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) . Sejahteralah malam ( yang barakah ) itu hingga terbit fajar " (Surat al-Qadar ayat :1-5 )
" Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan,Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga " ( Hadis riwayat bukhari )

Read More..


Assalamualaikum All,

RAMADHAN Bulan Menambah Kecintaan Kepada Akhirat!

Sesungguhnya Ramadhan merupakan bulan mulia yang menjadi salah satu dari waktu tertegaknyaRukun Islam yang lima iaitu berpuasanya umat Islam pada bulan ini sebagai menunaikan kewajipan mereka kepada Allah yang Maha Esa. Sungguh, Ramadhan bulan mengusahakan Iman Sahih dan Amal Soleh!

Firman Allah subhanahu wa ta’ala:

· “Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini Akhirat.” (Surah Ali-Imran, ayat 152).

· “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Surah Al-Munaafiqun, ayat 9).

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam:

· “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT akan kebaikan kepadanya maka dia akandifahamkan berkenaan urusan agama.” (Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim).

Read More..

Assalamualaikum

Fwd msg yg saya terima...

PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"
Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"
Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa
hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."


Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

????



Ya Allah, kayakan lah kami agar dapat membantu saudara2 kami yang tidak mampu. Jangan la Engkau kayakan kami kalau niat kami hanya untuk bermegah-megah... Ya Allah kayakan la kami kalau ianya membawa ke syurga ya Allah...

-Banyakkan sedekah , Elakkan pembaziran-

Read More..


Buat renungan kita semua


Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around wherever we went?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn't live without it?

What if we gave it to Kids as gifts?

What if we used it when we travelled?

What if we used it in case of emergency?

This is something to make you go....hmm...where is my Quran?

Oh, and one more thing.

Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being
Disconnected because Allah already paid the bill.

Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!


Read More..

Followers of the chosen one

Aram kitai Solat...

get this