Kalau kita perhatikan, dalam hampir kesemua drama atau filem Melayu, pasti ada babak orang menangis. Akhi pun tak tahu mengapa. Adakah memang perangai orang Melayu ni suka menangis? Sikit-sikit menangis. Pendek kata, kalau tak ada babak menangis, memang tak sah atau tak lengkap cerita. Barangkali antara syarat utama nak jadi pelakon di Malaysia ialah dia mesti pandai menangis? Begitu? huhu Maaflah, akhi bukan nak condemn atau kritik sangat drama atau filem tempatan ni. Cuma saya kadang-kadang terasa meluat dan muak tengok drama atau filem kita yang dipenuhi dengan babak-babak menangis. Kadang-kadang, tangisan yang dilakonkan itu ‘terlebih buat’ pula sehingga menggelikan hati akhi. huhu Apa-apapun, dalam tulisan kali ni, akhi bukan nak cerita tentang drama atau filem orang menangis. Tapi akhi ingin mengajak anda semua merenung dan bermuhasabah diri mengenai perihal menangis ini. Soalannya begini; “Selama kita hidup ini, berapa kali kah kita menangis kerana mengenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan? Berapa kali kita menangis memohon keampunan daripada Allah? Berapa kali kah kita MENANGIS KERANA ALLAH?” Tanyakan soalan ini kepada diri anda dan anda jawablah sendiri. Sekarang,akhi nak kongsi dengan anda satu artikel tentang ‘Mengapa Rasulullah SAW menangis?. Sama-sama lah kita fikirkan tentang perkara ini. MENGAPA RASULULLAH SAW MENANGIS Dalam sebuah hadis rwyt al-Barra` dlm al-Tarikh olh al-Bukhari ketika Nabi saw melalui sebuah kawasan dgn para sahabat kelihatanlah di situ sekumpulan manusia sedang berkumpul, lalu Nabi saw merapati mereka lantas bertanya, apakah yg sedang dilakukan, jwapannya ialah mereka sedang menggali kubur utk si mati.Nabi saw telah mendekatkan diri ke sambil melutut di tempat kubur itu digali, dan ternyata baginda mula menangis.Pesan yg terbit drp mulut baginda saw adalah : Wahai saudara2ku, untuk perkara ini, buatlah persiapan ! ( Rwyt al-Bukhari dlm al-Tarikh ) Abu Bakar r.a seperti yg diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim amat kuat menangis, hinggakan dlm solat apabil beliau menjadi imam, amat payah baginya meneruskan bacaan kerana orang sepertinya amat memahami tuntutan ayat, dan maksud di sebaliknya.Oleh itu beliau menjadi amat takut apabila membaca ayat-ayat tentang amaran daripada Allah dan peringatanNya. Demikian pula Umar al-Faruq r.a, seperti yg dilaporkan dlm sebuah hadis riwayat al-Bukhari secara mu’allaq dlm bab al-Azan drp Abdullah bin Syaddad, maksudnya apabila beliau menjadi imam lalu sampai pd ayat ke 86 surah Yusuf yg bermaksud : (Nabi Yaakub) menjawab: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya) , beliau menangis hinggakan suaranya didengari oleh makmum pd saf yg terakhir .Jangan pula kita sangka saf mereka ni pendek macam saf solat kita pd hari ni ! Usman bin Affan r.a juga terkemuka dgn tabiat kuat menangis, sebagai contohnya apabila berada di perkuburan beliau akan menangis hinggakan basah janggutnya seraya berkata yg bermaksud : “RasululLah saw bersabda yg bermaksud, kubur adalah tempat persinggahan yg pertama drp kehidupan akhirat, jika seseorang selamat di situ maka apa yang sesudahnya mudah baginya , sebaliknya jika di situ dia sudah tidak selamat, selepasnya akan menjadi lebih payah baginya ( rwyt al-Tirmizi, sahih ) Abdurrahman bin Auf r.a, sahabat yg terkemuka sebagai hartawan yg unggul pernah dihidangkan utknya makanan.Tidak semena-mena beliau menangis.Apabila ditanyakan kpdnya sebab tangisannya, jawapan beliau adalah aku teringat akan sahabat kita Mus’ab bin Umair yg telah mati sbelum kita sebagai syahid. Dia ternyata lebih baik drp ku.Walaupun demikian apabila dia terkorban dlm perang uhud itu tiada kain kapan yg cukup untuk menutupinya, apabila ditutup kepalanya kedua kakinya akan terdedah dan apabila ditutupi kakinya wajahnya akan terdedah…Aku bimbang segala nikmat dunia yg dianugerahkan ini merupakan suatu yg telah disegerakan oleh Allah utk dunia kita…dan diakhirat kelak, kita tidak akan memperolehi lagi nikmat2 …Lalu semua yg hadir menangis bersama2 dgnnya. ( Rwyt Muslim ) Apabil belajar ttg hadis2 seperti ini drp guru2 kami, antara al-Muhaddith al-Marhum al-Syikh Walied al-’Ani al-Hasani , barulah kami memahami bahawa tangisan adalah disebabkan rasa kebersalahan dlm diri kerana dosa. Ia berpunca daripada ilmu yg mantap dan pengetahuan terhadap tanggungjawab kita terhadap Allah yg belum dipenuhi. Juga disebbkan pergaulan kita dgn orang2 soleh srta pengajaran yg diambil krn interaksi dgn merela.Harus ingat hati yg tak menangis terhadap kelemahan diri merupakan satu tanda penyakit hati sudah menimpa kita…atau dlm perkataan lain krn ia sudah keras…bimbanglah jika ia mati… Tulisan : Ustaz Zahazan Mohamed Akhirnya, ingatlah sabda Nabi saw dlm hadis sahih rwyt al-Tirmizi ini ; “Dua mata yg tidak akan disentuh oleh api neraka ialah ; Sekian, mari kita sama-sama berusaha untuk menangis mengenangkan dosa-dosa kita. Kalau perlu paksa diri untuk menangis, maka lakukannya! Lakukan kerana Allah!!!
Asalam Hari ini akhi ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah benar, pengalaman seorang saudara seislam kita yang telah mengalami koma (kritikal & tidak sedarkan diri). Semasa beliau koma, beliau telah merasai sendiri beberapa pengalaman yang unik yang dapat dijadikan pengajaran atau iktibar untuk kita semua. Kisah benar ini ditulis berdasarkan cerita yang telah dikongsikan oleh beliau sendiri. Bacalah dengan penuh perhatian dan ambil pengajaran daripada kisah tersebut. ———————————- Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu. Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah. Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi Sewaktu beliau koma Beliau telah didatangi oleh malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad. Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka. Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat “Ya:. Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan zhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan. Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis . Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan untuk tatapan anda sekalian. Pengajaran: 1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas. 2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada akhi kalaupun akhi mati. 3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. 4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan 5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau. 6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan. 7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka. 8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu. 9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar 10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian. Sahabat: Allah masih sayang pada sahabat kita ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan akhi ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat kita ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya. Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga. Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Maka selalulah memberi…Pengalaman Koma Yang Begitu Menginsafkan.
10 Sebab atau Tanda Hati Mati dan 3 Cara Bagaimana Untuk Hidupkan Hati Hari ini akhi nak kongsikan satu artikel yang baik buat renungan kita semua. Saya harap anda ambil iktibar darinya, amalkan dan sampaikan kepada semua kenalan dan keluarga kita, insyaallah. Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah: Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa. Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu; Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu; Lidah orang yang berakal terletak di belakang hatinya. Hati orang yang bodoh terletak di belakang lidahnya. Sekian, semoga dapat ambil peringatan.
Lima Tempat Menjadi Tumpuan Malaikat Asalam untuk semua.. Di pagi Jumaat yang mulia ini akhi ingin kongsikan satu kisah yang menarik untuk tatapan anda semua. Semoga sumber bacaan yang tidak seberapa ini akan membuatkan kita merenung sejenak siapakah diri kita yang sebenarnya dengan lebih mendalam lagi. Moga-moga saki baki kehidupan ini akan kita pergunakan ia dengan sebaik yang mungkin. Amin Ya Rabal Alamin. Sabda Rasulullah s.a.w.: Kata Malaikat yang turun ke Mekkah, “Ingatlah! sesiapa yang meninggalkan kewajipannya terhadap Allah, sesungguhnya ia akan terlepas dari RahmatNYA.” “Kata Malaikat yang turun dari Madinah. Ingatlah! Sesiapa yang meninggalkan sunnah Rasulullah s.a.w., sesungguhnya mereka akan terlepas dari syafaatnya di akhirat kelak,” “Kata Malaikat yang turun dari Baitulmaqdis. Ingatlah! Sesiapa yang memakan harta yang haram, sesungguhnya amalan yang dikerjakannya tidak akan diterima,” Kata Malaikat yang turun dari kubur orang mukminin, “Wahai ahli kubur! Apakah yang kamu inginkan dan apakah yang kamu sesalkan? “Jawab ahli kubur, ” Kami menyesal kerana kami tidak sempat untuk menambahkan amalan kami. Sesungguhnya kami telah mensia-siakan umur kami sewaktu berada di atas dunia dahulu. Kami merasa sungguh iri hati dengan orang-orang yang sedang mengerjakan solat berjemaah, membaca Al- Quran, berselawat serta beristifar, sedangkan kami semua sudah tidak boleh untuk berbuat demikian lagi,” Kata Malaikat yang turun di masjid orang muslimin, “Wahai orang yang beriman! bertenanglah kamu semua, sesungguhnya Allahlah yang akan memberi balasan. Akan sesiapa yang takutkan akan hukuman Allah maka hendaklah ia segera memperbaiki dirinya dan bertaubat keatas segala dosa-dosanya. Kalaulah tidak ada orang-orang yang khusyuk, bayi-bayi yang masih menyusukan ibunya, binatang peliharaan serta orang-orang tua yang bersembahyang, nescaya telah ditimpakan ke atas kamu seksa yang pedih. oleh itu,sama-samalah kita perbaiki niat dan selalu ingat bahawa Allah nampak apa yang kita tidak nampak.Hanya Allah sajalah yang berhak disembah dan diminta pertolongan>>>>Amin
“Setiap hari akan turun malaikat ke bumi ini pada lima tempat iaitu Makkah, Madinah, Baitul Maqadis, perkuburan orang-orang muslim dan majlis kaum muslimin,”
artikel yg ana dpt dari sebuah blog -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Assalamualaikum Semua. Last weekend Nasha and Kak Has ada menghadiri ceramah “Dahsyatnya Doa Seorang Ibu” oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia (Kor Agama Angkatan Tentera -KAGAT) sebelum ini. So, kat sini nak share laa info yang menarik kot-kot kawan-kawan, kakak-kakak, makcik-makcik,adik-adik boleh ambil manfaat sama. Catatan ini agak panjang, kalau malas nak baca, baca laa yang ada tanda *** Kita adalah di bawah murka Allah apabila kita ada masa untuk buat benda tak baik, tapi sebaliknya takdak masa nak buat yang baik. Jika kita tak pernah rasa cukup duit, maksudnya kita tidak diberi keberkatan oleh Allah. *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak akan hilang. So para ibu, jangan jatuh air mata anda yer. Dan para anak, jangan bagi ibu jatuhkan air matanya yer. Kalau balik tengah malam, buka lampu dan cuba tengok atau tatap wajah ibu. Sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya. Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka ; Ada 3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup kita, terutama tengok masa mereka tidur; Tips Selingan: kata ustaz, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengak laa muka bila dia tidur. Kalau masih timbul perasan kasih-sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai. Tapi jika tiada langsung rasa tu semua, maksudnya jodoh dah memang takde, boleh teruskan pergi mahkamah la. Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya (tak menangis teruk la). Jadi, bagi siapa yang masih ada ibu, pandang laa ibu selalu. Dapat pahala tau. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu (dianggap tidak beradab). So, kalau nak tunjukkan sesuatu, tunjukkanlah dengan baik-baik dan penuh rasa hormat. Kalau ada niat yang baik, teruskan laa. InsyaAllah, Allah akan bersama, jangan takut. Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun dah kira ok. Jadi, kalau tak mampu nak tolong orang, pasang niat ikhlas kita nak tolong pun dah memadai (kalau tak mampu). Kalau mampu tolong, tapi hanya pasang niat jer tu, tu lain cerita yer. *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik, dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik! Tips supaya makbulkan doa (melalui Wasilah Amal) Ada kaedah yang mana kita boleh minta atau mohon bantuan daripada Allah, iaitu dengan “mengungkit” kebaikan yang kita lakukan supaya Allah makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”. Contoh nak buat wasilah amal ialah kita berdoa seperti berikut ; “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini” Apabila ditimpa sakit atau musibah Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah ialah; “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” Hatta, kebaikan kita suapkan makanan untuk anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan. *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang untuk ibu yang sudah meninggal dunia, maka dia dikira sebagai anak derhaka. Walaupun pada waktu ibunya hidup, dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakan ibu kita! Ingat : Doa orang yang masih hidup adalah makbul untuk orang yang hidup atau pun orang yang sudah meninggal dunia. Jadi, pastikan kita sentiasa doakan ibu kita, terutamanya ibu yang telah tiada! *** Doa orang yang mati pun makbul untuk orang yang masih hidup. “Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada, tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin kan” atau “Ayah, saya nak kawin esok, kalau ayah ada, pasti ayah akan gembira tengok saya kan…” Ustaz kata, luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka boleh mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana. Adab pergi atau melalui kawasan perkuburan Bila lalu kawasan perkuburan, perlahankan kenderaan dan beri salam! Penghuni kubur akan mendoakan kita balik seperti doa mereka “Berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakah lah orang ini”. Jadi, jangan lupa bagi salam pada ahli-ahli kubur kalau pergi ke kubur yer. Tanda-tanda murka Allah atas muka bumi ni ialah antara lainnya, kita simpan harta sampai mati tak pernah sempat untuk kita keluarkan. ***Sesiapa yang selalu bersedekah selalu, maka dia takkan miskin selamanya… Tips mudah untuk menderma Bila nak berbelanja atau ber shopping, selalu lah peruntukkan duit untuk sedekah, kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit tu sikit. Allah hantarkan orang-orang susah ini datang pada kita minta sedekah, ini peluang kita untuk dapatkan pahala! Maka, jangan lah lepaskan peluang buat baik. *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde, teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! Semasa bersedekah, niatkan begini ; “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu lah yang patut kita buat supaya ibu kita bahagia di sana. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita, baru kita ringan tangan nak bersedekah. *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Maka, jagalah mereka dengan baik. Insyallah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya. Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka, jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa. Jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum DIA mengambil kita balik. Antara ganguan saka ; Saka boleh dipindahkan melalui harta pusaka, walaupun sebiji pinggan. Boleh juga dipindahkan melalui amalan tertentu dan sentuhan. Simptom dah terkena saka ialah ; Antara cara hilangkan saka ialah dengan berzikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan. Antara penyakit yang biasanya disebabkan saka adalah kanser payu dara, kanser rahim dan kanser tulang. 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah KANSER, AIDS dan LEUKEMIA. Kalau dapat ni, pergi la berusaha merawat di pusat-pusat perawatan cara islam juga. Kalau ibu kita sakit kanser dan dia tak mampu berzikir, kita boleh tolong zikirkan. Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas ; “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari Tips atau petua kalau anak lari dari rumah Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyaAllah akan sampai panggilan kita kepadanya. Tips atau petua kalau anak degil Contoh seruan yang boleh dibuat; “Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.” Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah memang berkesan. You can ask anything! Anda boleh doakan apa saja. Nak anak senang bangun ke sekolah, cakaplah supaya roh anak itu senang bangun tidur. Just try and see. So, info dah disampaikan, marilah kita sama-sama praktikan mana-mana yang boleh. Sebarkan info ini kepada kawan-kawan yang lain. Selamat beramal.
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan KEBERKATAN hidup kita. Ingat;
*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Maksudnya wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang kita buat kepada ibu kita. (Tapi geng, kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan. huhu)
“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit. Sedih gak laa. Pergi la ke pusara mak kita cakap;
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan juga kita diganggu saka.
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya di ‘hanger’ atau penggantung baju, kemudian anginkan baju tersebut. Hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
*** Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala anak dan pangil roh anak. Ni seram sikit masa nak buat hehehe. Mula-mula jer seram, lepas tu dah biasa ok la.